Tuesday, January 1, 2013

routine.me

Every morning
3 tabs of Alfalfa
ESP
Vita E
Vita B

After lunch
GLA

Night
ESP
Carotomax
3 tabs of Alfalfa

Monday, December 10, 2012

kulit.cantik

Peranan Vita C Untuk Kecantikan
  • Mencerahkan kulit
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kalogen kulit bagi menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit
  • Vitamin C sebagai antioksida kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara

 Peranan Vita E Untuk Kecantikan
  • Menjaga kelembapan, kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit daripada sinar ultra-ungu
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan kulit


 Peranan Vita B Untuk Kecantikan
  • Vitamin B sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Mengubati jerawat
  • Melambatkan tanda penuaan

Kombinasi Pengambilan Vita C, E dan B 
Menjaga kulit daripada sinaran UV
Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
Mencegah penuaan
Mengurangkan parut jerawat
Mencerahkan kulit
Menjadikan wajah lebih berseri, lebih kenyal dan bermaya

shaklee.for.beauty.skin


 3 serangkai [Vita C + Vita E + Vita B] diambil bersama Energizing Soy Protein untuk kulit yang cantik.
Optional : tambah lagi dengan mengambilan GLA Complex 
[kalau yang ada jeragat memang la sesuai sangat untuk kulit yang lebih licin bebas jeragat]

Thursday, December 6, 2012

vita.C


 
Vitamin C adalah vitamin larut air dan ia terdapat dalam pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi, tulang, tisu bawah kulit yang sihat.
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh. Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan [skurvi -sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan, anema dan adema]. Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk, sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut. Penghudap akan mula muntah daran dan boleh mengakibatkan pendarahan otak serta demam panas yang seringkali membawa maut.

Keperluan Vitamin C
· Pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
· Mengekalkan sistem imunisasi badan yang kuat
· Mematikan radikal bebas merbahaya
· Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain

Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.

Mengapa Perlu Mengambil Vitamin C Setiap Hari
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan.  Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan, dengan mudahnya akan disingkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultra-ungu.

3.rahsia.kekal.muda

Mengikut Perunding Perubatan Dalaman & Geriatrik, Dr. Rajban Singh, beliau berkata penyakit-penyakit seperti sakit belakang, masalah pendengaran, sakit sendi, kehilangan stamina dan tekanan, merupakan masalah lazim yang berlaku pada warga tua. Namun dengan mengamalkan gaya hidup sihat, kita mampu mengelakkan diri daripada menghidap penyakit-penyakit di atas.

Pengambilan Makanan Berkhasiat
Pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dapat membantu kita untuk terus kelihatan muda dan cergas. Ia sekurang-kurangnya perlu diambil sehari sekali. Kita juga perlu mengelakkan diri daripada mengambil sebarang minuman beralkohol. Bagi si perokok, pastikan kita berusaha untuk menghentikan aktiviti tersebut. Kerana ia dapat mempercepatkan proses penuaan.

Melakukan Aktiviti dan Senaman Ringan
Kajian mendapati, individu yang aktif dapat mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit jantung, berbanding individu yang kurang aktif. Walaupun kita tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman berat, seperti berbasikal dan sebagainya, kita boleh lakukan senaman-senaman ringan. Sebagai contoh, apabila kita bangun setiap pagi, kita boleh melakukan sedikit regangan dan keluar bersiar-siar di sekitar kawasan rumah, selama 10 hingga 15 minit. Seelok-eloknya, biarkan diri kita berpeluh.

Pengambilan Makanan Tambahan [Suplemen]
Ubat dan suplemen adalah dua perkara yang berbeza. Suplemen adalah makanan tambahan. Namun, jika kita mahu mengambilnya, pastikan kita mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Kita juga perlu berhati-hati ketika mahu membeli produk suplemen. Ini kerana, terdapat segelintir syarikat yang tidak bertanggungjawab, meletakkan bahan-bahan yang merbahaya, dan mampu menyebabkan penyakit kronik.

*sumber melayukini

Wednesday, December 5, 2012

kepentingan.vitamin


Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain. Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil. Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.


Jenis-jenis Vitamin
Jenis vitamin Fungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin D Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin E Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin K Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12) Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.


Apa Akan Terjadi Jika Tidak Mengambil Vitamin 
Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging. Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit. Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.



Makanan Yang Boleh Menggantikan Vitamin
Susah hendak mendapatkan vitamin?
Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin yang tersendiri. Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.
  • Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi
  • Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C
  • Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi
  • Nanas - vitamin A, B, dan C
  • Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A
  • Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1
  • Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2
  • Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D
  • Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E
  • Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K

Panduan Mengambil Vitamin
Di bawah ini adalah tip dan panduan berkenaan pengambilan vitamin:
  • Pastikan vitamin yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar. Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.
  • Baca terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terdapat pada botol. Anda perlu tahu vitamin apa yang anda ambil dan makan. Adakah keterangan yang terdapat di botol tersebut tertulis vitamin A atau C. Kalau anda merasa ragu-ragu dengan tulisan pada botol tersebut, minta bantuan ibu atau ayah anda atau pun daripada pakar perubatan. Ini kerana mungkin ada perkataan yang anda tidak fahami berkenaan vitamin tersebut.
  • Jangan mengambil dos secara berlebihan. "Kalau makan banyak vitamin, adik lagi sihat kan?" tanya Yani kepada emaknya. Sebenarnya tidak semestinya mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak membuatkan anda lagi sihat sebaliknya anda akan mengalami pelbagai penyakit disebabkan kesilapan mengambil dos. Jadi, ambillah vitamin pada kadar yang telah ditetapkan. Lazimnya, tidak melebihi dua biji untuk satu jenis vitamin.
  • Minta ibu bapa temani semasa mengambil vitamin bagi kanak-kanak. Sebaiknya kehadiran ibu atau bapa di sisi kanak-kanak semasa mengambil vitamin adalah lebih elok. Ini adalah penting untuk menggelakkan daripada berlakunya kesilapan pengambilan vitamin. 
  • Pastikan vitamin disimpan di tempat yang selamat. Vitamin seelok-eloknya disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Ia juga tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Ini adalah untuk mengelakkan daripada nutrien vitamin hilang.
 *sumber dunyahalal

Tuesday, December 4, 2012

wanita.dan.GLA.Complex

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Read more at: http://www.rahsiavitamin.com/2012/05/bagaimana-shaklee-gla-complex-membantu.html
Copyright © RahsiaVitamin.Com
GLA [Gamma Linolenic Asid] dapat membantu menurunkan paras kolestrol dan mengurangkan sindrom pra haid [PMS] di samping dapat meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan.

GLA untuk melegakan PMS
Kekejangan otot dalam rahim dan otot sekitarnya semasa haid merupakan penyebab senggugut. Menurut kajian, keadaan ini berlaku akibat kekurangan GLA dalam badan dan pengambilan secara konsisten GLA Complex mampu menangani masalah tersebut.

GLA untuk hamil
GLA membantu wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan. Lendir serviks merupakan lendir yang berwarna putih telur. Akan tetapi, bukan semua orang dapat menghasilkan cecair yang subur. Oleh itu, GLA membantu dalam penghasilan cecair untuk kesuburan dan membantu sperma untuk berenang ke uterus menuju ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Selain itu, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.