Mengikut Perunding Perubatan Dalaman & Geriatrik, Dr. Rajban Singh,
beliau berkata penyakit-penyakit seperti sakit belakang, masalah
pendengaran, sakit sendi, kehilangan stamina dan tekanan, merupakan
masalah lazim yang berlaku pada warga tua. Namun dengan
mengamalkan gaya hidup sihat, kita mampu mengelakkan diri daripada
menghidap penyakit-penyakit di atas.
Pengambilan Makanan Berkhasiat
Pengambilan makanan seperti buah-buahan
dan sayur-sayuran, dapat membantu kita untuk terus kelihatan muda dan
cergas. Ia sekurang-kurangnya perlu diambil sehari sekali. Kita juga perlu mengelakkan diri
daripada mengambil sebarang minuman beralkohol. Bagi si perokok,
pastikan kita berusaha untuk menghentikan aktiviti tersebut. Kerana ia
dapat mempercepatkan proses penuaan.
Melakukan Aktiviti dan Senaman Ringan
Kajian mendapati, individu yang aktif
dapat mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit jantung, berbanding
individu yang kurang aktif. Walaupun kita tidak mempunyai masa untuk
melakukan senaman berat, seperti berbasikal dan sebagainya, kita boleh
lakukan senaman-senaman ringan. Sebagai contoh, apabila kita bangun
setiap pagi, kita boleh melakukan sedikit regangan dan keluar
bersiar-siar di sekitar kawasan rumah, selama 10 hingga 15 minit.
Seelok-eloknya, biarkan diri kita berpeluh.
Pengambilan Makanan Tambahan [Suplemen]
Ubat dan suplemen adalah dua perkara
yang berbeza. Suplemen adalah makanan tambahan. Namun, jika kita mahu
mengambilnya, pastikan kita mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Kita juga perlu berhati-hati ketika mahu
membeli produk suplemen. Ini kerana, terdapat segelintir syarikat yang
tidak bertanggungjawab, meletakkan bahan-bahan yang merbahaya, dan mampu
menyebabkan penyakit kronik.
*sumber melayukini