Thursday, December 6, 2012

3.rahsia.kekal.muda

Mengikut Perunding Perubatan Dalaman & Geriatrik, Dr. Rajban Singh, beliau berkata penyakit-penyakit seperti sakit belakang, masalah pendengaran, sakit sendi, kehilangan stamina dan tekanan, merupakan masalah lazim yang berlaku pada warga tua. Namun dengan mengamalkan gaya hidup sihat, kita mampu mengelakkan diri daripada menghidap penyakit-penyakit di atas.

Pengambilan Makanan Berkhasiat
Pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dapat membantu kita untuk terus kelihatan muda dan cergas. Ia sekurang-kurangnya perlu diambil sehari sekali. Kita juga perlu mengelakkan diri daripada mengambil sebarang minuman beralkohol. Bagi si perokok, pastikan kita berusaha untuk menghentikan aktiviti tersebut. Kerana ia dapat mempercepatkan proses penuaan.

Melakukan Aktiviti dan Senaman Ringan
Kajian mendapati, individu yang aktif dapat mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit jantung, berbanding individu yang kurang aktif. Walaupun kita tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman berat, seperti berbasikal dan sebagainya, kita boleh lakukan senaman-senaman ringan. Sebagai contoh, apabila kita bangun setiap pagi, kita boleh melakukan sedikit regangan dan keluar bersiar-siar di sekitar kawasan rumah, selama 10 hingga 15 minit. Seelok-eloknya, biarkan diri kita berpeluh.

Pengambilan Makanan Tambahan [Suplemen]
Ubat dan suplemen adalah dua perkara yang berbeza. Suplemen adalah makanan tambahan. Namun, jika kita mahu mengambilnya, pastikan kita mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Kita juga perlu berhati-hati ketika mahu membeli produk suplemen. Ini kerana, terdapat segelintir syarikat yang tidak bertanggungjawab, meletakkan bahan-bahan yang merbahaya, dan mampu menyebabkan penyakit kronik.

*sumber melayukini

No comments:

Post a Comment