Vitamin C adalah vitamin larut air dan ia terdapat dalam pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi, tulang, tisu bawah kulit yang sihat.
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen
menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh. Kekurangan yang
berterusan boleh menyebabkan seriawan [skurvi -sejenis penyakit yang ditunjukan
lemah seluruh badan, anema dan adema]. Dalam sesetengah kes seriawan yang
teruk, sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut. Penghudap akan mula muntah daran dan boleh mengakibatkan pendarahan otak serta demam panas yang seringkali membawa maut.
Keperluan Vitamin C
· Pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan
rawan yang sihat
· Mengekalkan sistem imunisasi badan yang kuat
· Mematikan radikal bebas merbahaya
· Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain
Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang
sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam
kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.
Mengapa Perlu Mengambil Vitamin C Setiap Hari
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang
sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan, dengan mudahnya akan disingkir keluar dari tubuh.
Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultra-ungu.

No comments:
Post a Comment