Monday, December 10, 2012

kulit.cantik

Peranan Vita C Untuk Kecantikan
  • Mencerahkan kulit
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kalogen kulit bagi menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit
  • Vitamin C sebagai antioksida kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara

 Peranan Vita E Untuk Kecantikan
  • Menjaga kelembapan, kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit daripada sinar ultra-ungu
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan kulit


 Peranan Vita B Untuk Kecantikan
  • Vitamin B sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Mengubati jerawat
  • Melambatkan tanda penuaan

Kombinasi Pengambilan Vita C, E dan B 
Menjaga kulit daripada sinaran UV
Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
Mencegah penuaan
Mengurangkan parut jerawat
Mencerahkan kulit
Menjadikan wajah lebih berseri, lebih kenyal dan bermaya

shaklee.for.beauty.skin


 3 serangkai [Vita C + Vita E + Vita B] diambil bersama Energizing Soy Protein untuk kulit yang cantik.
Optional : tambah lagi dengan mengambilan GLA Complex 
[kalau yang ada jeragat memang la sesuai sangat untuk kulit yang lebih licin bebas jeragat]

Thursday, December 6, 2012

vita.C


 
Vitamin C adalah vitamin larut air dan ia terdapat dalam pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi, tulang, tisu bawah kulit yang sihat.
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh. Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan [skurvi -sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan, anema dan adema]. Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk, sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut. Penghudap akan mula muntah daran dan boleh mengakibatkan pendarahan otak serta demam panas yang seringkali membawa maut.

Keperluan Vitamin C
· Pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
· Mengekalkan sistem imunisasi badan yang kuat
· Mematikan radikal bebas merbahaya
· Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain

Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.

Mengapa Perlu Mengambil Vitamin C Setiap Hari
Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan.  Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan, dengan mudahnya akan disingkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultra-ungu.

3.rahsia.kekal.muda

Mengikut Perunding Perubatan Dalaman & Geriatrik, Dr. Rajban Singh, beliau berkata penyakit-penyakit seperti sakit belakang, masalah pendengaran, sakit sendi, kehilangan stamina dan tekanan, merupakan masalah lazim yang berlaku pada warga tua. Namun dengan mengamalkan gaya hidup sihat, kita mampu mengelakkan diri daripada menghidap penyakit-penyakit di atas.

Pengambilan Makanan Berkhasiat
Pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dapat membantu kita untuk terus kelihatan muda dan cergas. Ia sekurang-kurangnya perlu diambil sehari sekali. Kita juga perlu mengelakkan diri daripada mengambil sebarang minuman beralkohol. Bagi si perokok, pastikan kita berusaha untuk menghentikan aktiviti tersebut. Kerana ia dapat mempercepatkan proses penuaan.

Melakukan Aktiviti dan Senaman Ringan
Kajian mendapati, individu yang aktif dapat mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit jantung, berbanding individu yang kurang aktif. Walaupun kita tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman berat, seperti berbasikal dan sebagainya, kita boleh lakukan senaman-senaman ringan. Sebagai contoh, apabila kita bangun setiap pagi, kita boleh melakukan sedikit regangan dan keluar bersiar-siar di sekitar kawasan rumah, selama 10 hingga 15 minit. Seelok-eloknya, biarkan diri kita berpeluh.

Pengambilan Makanan Tambahan [Suplemen]
Ubat dan suplemen adalah dua perkara yang berbeza. Suplemen adalah makanan tambahan. Namun, jika kita mahu mengambilnya, pastikan kita mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Kita juga perlu berhati-hati ketika mahu membeli produk suplemen. Ini kerana, terdapat segelintir syarikat yang tidak bertanggungjawab, meletakkan bahan-bahan yang merbahaya, dan mampu menyebabkan penyakit kronik.

*sumber melayukini

Wednesday, December 5, 2012

kepentingan.vitamin


Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat dan lemak dalam badan anda. Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien. Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain. Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil. Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.


Jenis-jenis Vitamin
Jenis vitamin Fungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin D Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin E Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin K Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12) Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.


Apa Akan Terjadi Jika Tidak Mengambil Vitamin 
Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging. Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit. Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.



Makanan Yang Boleh Menggantikan Vitamin
Susah hendak mendapatkan vitamin?
Anda jangan risau sebab vitamin ada di rumah anda sendiri. Di dapur ada banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Setiap sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai kandungan vitamin yang tersendiri. Boleh dikatakan hampir semua makanan mempunyai kandungan vitamin. Cuma yang membezakan adalah jenis-jenis vitaminnya.
  • Tomato - kaya dengan vitamin A, C, dan serat juga zat besi
  • Avokado - kaya dengan khasiat protein, kalsium, zat besi, vitamin A dan C
  • Pisang - vitamin A dan C, potasium dan zat besi
  • Nanas - vitamin A, B, dan C
  • Telur, susu, hati - menyediakan vitamin A
  • Kekacang dan daging - sumber kepada vitamin B1
  • Keju, putih telur, dan yogurt - menyediakan vitamin B2
  • Ubi kentang, sardin, dan tuna - sumber untuk vitamin D
  • Sayuran berdaun hijau, kacang soya, dan gandum - kaya dengan vitamin E
  • Kubis dan daun salad - penyumbang kepada vitamin K

Panduan Mengambil Vitamin
Di bawah ini adalah tip dan panduan berkenaan pengambilan vitamin:
  • Pastikan vitamin yang diambil telah mendapat kelulusan doktor dan klinik yang berdaftar. Jangan mengambil sebarangan vitamin kerana bimbang ia tidak mendapat kelulusan yang ditetapkan. Ikuti nasihat doktor pakar sekiranya anda dikehendaki mengambil vitamin.
  • Baca terlebih dahulu label dan kandungan vitamin yang terdapat pada botol. Anda perlu tahu vitamin apa yang anda ambil dan makan. Adakah keterangan yang terdapat di botol tersebut tertulis vitamin A atau C. Kalau anda merasa ragu-ragu dengan tulisan pada botol tersebut, minta bantuan ibu atau ayah anda atau pun daripada pakar perubatan. Ini kerana mungkin ada perkataan yang anda tidak fahami berkenaan vitamin tersebut.
  • Jangan mengambil dos secara berlebihan. "Kalau makan banyak vitamin, adik lagi sihat kan?" tanya Yani kepada emaknya. Sebenarnya tidak semestinya mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak membuatkan anda lagi sihat sebaliknya anda akan mengalami pelbagai penyakit disebabkan kesilapan mengambil dos. Jadi, ambillah vitamin pada kadar yang telah ditetapkan. Lazimnya, tidak melebihi dua biji untuk satu jenis vitamin.
  • Minta ibu bapa temani semasa mengambil vitamin bagi kanak-kanak. Sebaiknya kehadiran ibu atau bapa di sisi kanak-kanak semasa mengambil vitamin adalah lebih elok. Ini adalah penting untuk menggelakkan daripada berlakunya kesilapan pengambilan vitamin. 
  • Pastikan vitamin disimpan di tempat yang selamat. Vitamin seelok-eloknya disimpan di tempat yang kering dan sejuk. Ia juga tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari. Ini adalah untuk mengelakkan daripada nutrien vitamin hilang.
 *sumber dunyahalal

Tuesday, December 4, 2012

wanita.dan.GLA.Complex

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Read more at: http://www.rahsiavitamin.com/2012/05/bagaimana-shaklee-gla-complex-membantu.html
Copyright © RahsiaVitamin.Com
GLA [Gamma Linolenic Asid] dapat membantu menurunkan paras kolestrol dan mengurangkan sindrom pra haid [PMS] di samping dapat meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan.

GLA untuk melegakan PMS
Kekejangan otot dalam rahim dan otot sekitarnya semasa haid merupakan penyebab senggugut. Menurut kajian, keadaan ini berlaku akibat kekurangan GLA dalam badan dan pengambilan secara konsisten GLA Complex mampu menangani masalah tersebut.

GLA untuk hamil
GLA membantu wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan. Lendir serviks merupakan lendir yang berwarna putih telur. Akan tetapi, bukan semua orang dapat menghasilkan cecair yang subur. Oleh itu, GLA membantu dalam penghasilan cecair untuk kesuburan dan membantu sperma untuk berenang ke uterus menuju ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Selain itu, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.

Sunday, December 2, 2012

Collagen.Powder


Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.

Testimoni Collagen Powder

Tengok gambar kat atas ni? Gempak tak? Memang kagum sangat dengan perubahan kulit muka dia yang asalnya banyak jeragat dan tengoklah sekarang. Jeragatnya memang ketara sangat pudar dan kulitnya jelas kelihatan kegebuannya. Dia cuma konsisten makan Collagen Powder Shaklee selama 45 hari atau bersamaan dengan 3 kotak. Ye, lebih cepat daripada 8 minggu yang dijangkakan masih boleh mendapat kesan yang maksima.

slim.dengan.Shaklee

Chinch Shake / ESP
Minuman ini dapat mengurangkan pengambilan kuantiti makanan. Ini kerana Chinch Shake bukan sekadar memberi rasa kenyang, malah rumusannya yang diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Jadi leucine ini akan membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Ini bermakna, hasilnya nanti badan akan berat dengan otot bukan berat dengan lemak. Dan proses pembinaan otot ni juga akan membantu memperceparkan pembakaran lemak. 
Energizing Soy Protein [ESP] merupakan membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan  oleh tubuh serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan harian.


Lecithin pula berfungsi untuk memecahkan lemak dan mengelak lemak daripada bercampur dengan darah dan seterusnya menghalang pembentukan lemak pada badan kita. Di samping itu juga, Lecithin ni ada byk fungsi selain daripada membantu kita untuk kekal ramping dan menawan.


Herb-LaxTM Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Produk ini mengandungi alfalfa [Medicago sativa].  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

vitamin.untuk.kulit

Vitamin B
Adakah anda mendapat Vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan Vitamin B anda. Justeru itu, Vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan Vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis Vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

  • B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga*
  • Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neutral bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg*
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan Vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan Vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan Vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.*

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Vita-E Complex mengandungi Vitamin E [d-alfa tokoferol] asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi Vitamin E.

Kandungan bagi setiap kapsul

•    400IU Vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
•    Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
*sumberShaklee

GLA.Complex

Gamma Linoleic Acid [GLA] merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik [GLA], asid linolenik [LA], minyak bunga matahari [EPO] dan Vitamin E. EPO sangat berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan. 
 
Fungsi lain EPO
  • Membantu mengawalatur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid [PMS] -iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid -panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal 
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah 

Wednesday, November 28, 2012

carotomax

Carotomax adalah campuran unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.
Apakah carotenoids? Carotenoid adalah pigmen yang membentuk warna sayur-sayuran. Ia memberi warna oren kepada carrot, tomato dan sebagainya.

Fungsi & Kebaikan Carotenoid
1. Melindungi sel daripada kesan pemusnahan oleh radikal bebas
2. Sumber Vitamin A terbaik
3. Meningkatkan sistem imunisasi
4. Membetulkan fungsi organ tubuh

Sumber yang mengandungi carotenoid adalah lobak, kentang, bayam, tomato dan lain-lain sayuran. Cara yang terbaik untuk mengekalkan kandungan carotenoid ialah dengan mengambil sayuran ini tanpa dimasak.

Fungsi Lain Carotenoid
- Mencegah kanser
- Penting untuk pertumbuhan tisu ephithelial seperti kulit, membra di dalam saluran penghadaman, serta pernafasan. Tisu ini bertindak sebagai penghalang utama kepada jangkitan penyakit.
- Diperlukan semasa selsema, batuk dan gangguan-gangguan penyakit yang ringan.
- Terlibat dalam penghasilan sperma dan ovum.
- Penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.
- Meningkatkan sistem kekebalan dengan memperbaiki fungsi sel darah putih.
- Membina semula sel-sel yang rosak.
- Melindungi dari rabun malam.
- Menjaga kesihatan mata.
- Merangsang pertumbuhan tulang yang kuat, gigi, gusi serta kulit dan rambut yang sihat serta keihatan umum.
- Digunakan dalam rawatan jerawat, ulcer, bisul, dan sebagainya
 
Tanda-tanda Kekurangan
- Masalaah jerawat
- Hilang lembapan pada kulit, mulut dan rambut
- Tumbesaran terencat
- Masalah tidur dan insomnia
- Kulit yang menebal pada telapak tangan dan kaki
- Masalah rabun malam.
 
*sumber myultravitamin.blogspot.com

Sunday, November 25, 2012

slim.dengan.Chinch.Shake


KELEBIHAN CHINCH SHAKE 
  • Chinch Shake merupakan minuman yang berzat dan lazat untuk membantu memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa kenyang di samping dapat mengurangkan berat badan.
  • Rumusannya diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dengan kata lain, Leucine dalam Chinch Shake membantu anda mengurangkan lemak tetapi tetap memelihara otot.
  • Setipa kali anda menikmati Chinch Shake, anda akan memperolehi 24g protein [juga 6g serat dalam setiap sajian] yang mana ia akan membina otot dan boleh meningkatkan kadar metabolisme badan serta membakar kalori. Makanan yang tinggi kandungan protein juga dapat menahan rasa lapar dan sekaligus mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan.
  • Memberi lebih 35% atau lebih Nilai Harian bagi keperluan 21 jenis vitamin dan mineral yang penting.
  • Nilai glisema yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah serta tenaga.
  • Mengandungi serat yang tinggi iaitu 6g bagi setiap sajian.

Terdapat 3 perisa Chinch Shake 
  1. Vanilla
  2. Chocolate
  3. Cafe Latte

Energizing.Soy.Protein

Energizing Soy Protein [ESP] membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan  oleh tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan harian.
ESP dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program [IPP]. Program ini memastikan kacang soya Shaklee bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen Shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.
Fungsi ESP [850g]
  • membina dan perbaiki sel-sel tisu badan enzim dan hormon
  • kehamilan, penyusuan, stress, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protein berkualiti
  • rambut, kuku dan kulit adalah daripada protein, protein berkualiti membantu memperbaiki kesihatan dan meningkatkan pertumbuhan yang baik
  • protein adalah kunci asas imun melawan jangkitan
  • memberi tenaga
  • membantu mencantikkan, menegangkan, menganjalkan kulit
  • membantu memekatkan dan perbanyakkan susu
  • menggalakkan penghasilan kolagen
  • mengelakkan penyakit jantung
  • merendahkan kolestrol
  • menguat
Siapa Yang Memerlukan ESP?
  • Ibu menyusu
  • Ibu hamil
  • Ibu dalam pantang
  • Mereka yang menghadapi kulit kusam, kering
  • Mereka yang ingin membina otot (body builder)
  • Mereka yang baru menjalani pembedahan - perbaiki sel, enzim, horm
  • Mereka yang ada gastrik
  • Mereka yang ingin menurunkan berat badan
Cara Minum
  • boleh dicampur dan diminum dengan apa sahaja minuman kegemaran [asalkan air sejuk kerana air panas akan merosakkan zat yang terdapat di dalam ESP]
Campuran kegemaran saya :
1. ESP + susu Anlene / susu segar
2. ESP + jus Bliss


Thursday, November 15, 2012

perlunya.makanan.tambahan


  • Badan memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi daripada makanan. Contohnya Vitamin C & E yang tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan jika hanya diperolehi dari sumber makanan harian sahaja.
  • Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Untuk pengetahuan, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa proses memasak.
  • Pengambilan pil penahan sakit, ubat-ubatan, alkohol serta antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Di samping itu juga, amalan diet yang tinggi dengan kafien, kolestrol, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam badan.
  • Racun serangga serta bahan pencemar yang lain turun mempengaruhi kualiti buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.
  • Gaya hidup dan trend masakini yang sentiasa sibuk, jarang memasak di rumah serta lebih gemar kepada makanan segera yang semestinya tinggi dengan kandungan MSG.
sumberdarishaklee

Tuesday, November 13, 2012

my.journey.with.shaklee

my first trial product




*credit to nurulhafeeza for introducing me to this great product for a good health